Thursday, June 18, 2009

Jika pagi tiba, janganlah menunggu sore; dan jika sore tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi.

Besar erti frasa ayat tue..agak2 sama or lebih kurang sama dgn kata2 seseorang kepada aku
"jangan menunggu sesuatu yang tidak pasti". Manusia...kalifah Allah S.W.T di dunia ini sering alpa dgn keduniaan ini.. aku terutamanya...bila difikir2kan kembali mmg byk kesilapan n kesalahan yang aku dah buat..

Silap langkah?? boleh ke ditarik balik ?? ape yang dah terjadi kpd diri kadang kala buatkan kita rasa putus asa..sedey yang teramat sgt..sampai pernah terpikir apa salah kita sampai sebesar ini dugaan yang kita terima...tp perlukah kita berasa sedemikian rupa tanpa menyedari kesilapan dulu kala yang kita lakukan tanpa taubat??



Kita sendiri yang mencorakkan hidup kita..semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh-Nya. Semoga diri ini diberikan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang dikurniakn oleh-Nya.. kerana sesungguhnya setelah kesulitan itu akan ada kemudahan. Percayalah.. dan jangan berhenti berdoa kepada-Nya..kerana sekiranya doa tersebut dimakbulkan oleh-Nya, bermaksud Allah S.W.T sayangkan kita.. akan tetapi sekiranya doa tersebut tidak dimakbulkanya..janganla berputus asa kerana Allah S.W.T sedang menduga kita dan semestinya sedang persiapkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita pohonkan kepada-Nya..

~Catatan ini lebih kepada ingatan kepada diri ini sendiri~